Saya Sayang Dia~

Saya Sayang Dia~
Di sini aku akan ceritakan ape yang aku ingin kongsi bersama korang~

Sunday, March 27, 2011

PROJEK TERBAIK DTP 2011 PSAS

Yeah! Akhirnya kami JUARA! Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat pada Allah. Akhirnya sebatang besi bughok mengalahkan projek yang bernilai ratusan juta! Tahniah kepada KUMAR, RAMESH, KECIL, ANGAH dan ENCIK NAIROL!


Benaqnya aku nak ucap thanks kat Team K-12, pensyarah-pensyarah JKM, ENCIK NAIROL again, ENCIK AZAM bersama isteri, PN HASWA SOFF, ENCIK HASZEME, dan ENCIK MOHANA, kepada mak and my dad, NORIZA bersama suami yang tercinta, YUNUS sebab banyak bagi sokongan! Thanks jugak kat si dia buah hatiku, AZLYANA sebab banyak bantu kat belakang tabir~ dok urot-urot, buat ayaq tu dia lah! hehehe dak aih~ gurau jaa.. As a conclusion, TERIMA KASIH SEMUA!

Anugerah Projek Terbaik 2011

 THANK YOU SO MUCH PEOPLE! I LOVE YOU ALL!
Click the link below.
''USE OUR BRAIN TO MAKE THIS WORLD HAPPY, BECAUSE BRAIN IS EVERYTHING. IS ABOUT YOU!''~ 
Ir HAFIZ YUNUS

www.this-is-my-story.com/v/G1PP0Y72AH7L

Saturday, March 26, 2011

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Sesi Julai07 - Dis 2010

Sebagai seorang yang mempunyai wawasan, kite haruslah teruihh maju ke depan. Ini yang aku buat nak susun budak-budak ni sebab nak dapatkan gambaq terbaik dari ladang nak habag mai kt hang pa semua~ Kelas kitorang memang sangat-sangat best dan happy~ Yelah dah hujung semester ni nak la jugak ade kenangan bersama-sama. So Aidil snap gambar ni kat tengah-tengah Jabatan. Yang paling susah nak susun tu si Zaim dengan Bob. Adehhh ni yang terbaik! di bawah.
Berdiri belakang dari kiri: KUMAR-FAIZ-AMER-MOOSE-FARID-ANGAH
Berdiri dari kiri: AIDIL-SHAH-ZAIM-PIJIE-DUNNIE-SNOWLEX-INTAN-SIKEN-AIDA-KECIL-FARA-FIDA-IJAT-ALI-AJIS-NAZ-AREP
Duduk dari kiri: STIM-APIZ-PADIL-RAMAS-TOPEX-KHAIRI-EPUI-NABEL-SHAM-SHAHRUL-WAN DE-ZUL.
Takde dalam gambar: WAN LEM-JAH

Dalam kelas kitorang ni ade artis jugak! ramai lak tuh! macam Ana Raffali (AIDA RAFFALI), Jue Aziz (JAH AZIZ), Intan Ladyana (INTAN LADYANA), Fasha Shanda (FIDA SHANDA), Aidid Marcello (AIDIL MARCELO), Asyraf Muslim ( ZUL MUSLIM) pastu tak boleh blah aku! AWANG ASHAARI! Adehh~ dah la gemok~ tak kena langsung.

Sunday, March 20, 2011

Over Night Until I Posted This Blog!

Bangun tidoq pukul 9sengah, Azlyana ku sayang kezutkan.


Buat report En Haszeme untuk part yang ke 9 dan 10. Pastu p makan sat.

Balik makan teman Azlyana makan sambil sembang2 dalam skype. 

Sambung balik buat report. Arep dengan Ali datang ajak tengok bola PSAS vs KKKL kat Stadium Proton.

Kezutkan Azlyana Bangun tidoq. Siap2 lepas Asaq p teruih Stadium.

Huha huha kat Stadium sokong PSAS tapi kalah 1-3 kat KKKL tu.

Sembang dengan Pokdin. Nak follow p Sabak Bernam hari Sabtu depan naik dengan Bas Poli.

Hujan nak balik tak buleh tapi redah je. Amer Ali dengan Arep ajak p pasar malam kat Tanjung Malim. Seluk poket, duit hilang! rm15 Teruih tak jadi p. diorang pergi diorang je. Aku balik dengan Shom dengan Shoh.

Pastu lepak uma Ejat sampai malam. Keluar jap pastu huha huha. Tengok bola sat Mu vs Bolton dalam 25minit.

Dah janji dengan buah hati nak skype pukul 11.30 pastu balik uma Ejat amek laptop kt uma Ejat bawak balik uma sendiri tunggu buah hati abeh koje die dulu.

Skype dalam 2jam buah hati pon ngantok dan dia nak tidoq. P uma Ejat balik then call buah hati to say gudnite.

Pastu p uma Arep. Arep tengah tengok cite Predator yang Arnold Schwarzenegger belakon tuh. Lepak dengan Arep sampai abeh cite tu pukul 2stengah.

Amer datang dengan Moose. Aidil dok bising2 lapar ajak lepak mapley kat Tanjung. Arep tunggu sampai cite die abeh. Siap2 then gerak. Amer tak ikut pasal esok tu die ade game bowling kt SunwayPyramid. Yang lepak Tanjung, aku Ali Arep Aidil Moose je. Gerak pukul 3sebelas dari uma diorang.

Loan kat Arep duit roti canai dengan tey tarik. Lepak mapley sembang pasal game PSAS ptg td, hantu cenonoi, hantu malim prima, hantu sekolah dulu2, cita pasal bola EPL, cite2 punya cite, sampai pukul 6sengah pagi Aidil ajak g uma sewa lama kami kat Malim Prima nak tengo jalan seram kuboq cina, Round uma sewa dulu pastu balik. OTW balik Stim msg dalam mamai.

sampai uma pukul 7. Call buah hati dia ada kelas pukul8. Siap2 nak main ftsal. anta Moose amek kasut, kezutkan budak uma Ejat. Main futsal sampai 9sengah pastu balik mandi,amek rexona LimTat spray kt ketiak! siap2 nak g cucuk duit kat Petronas dengan nak isi minyak. Ada rodblok kt depan Pusat Bandar Behrang. Lepak lu dengan Apiz. Dalam sengah jam pastu aku p.ATM buat hal lak tak le keluar rm10daa..Aku dah la tade duit, minyak moto pon tarak. ada pat kupang ja simpan. So balik tangan kosong. Minyak tak boh sebab duit tak ley keluar. Duit bole keluar tap dalam bank ada 30 ja.haha

Lepak uma stim main PES 3set. Stim menang pastu draw pastu aku menang dalam keadaan perut yang lapar sebab takde duit. Balik uma bukak laptop tuleh benda alahh ni then update then pasni nak tidor.

Monday, March 14, 2011

Tips Jika Dirompak Di ATM





Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. So tugas korang ape ek? Sebarkanlah~ athooii~

Ketenangan~

Aku tak tahulah mane nak sandarkan kepala ni, kat tiang ke kat bantal ke kat dinding ke. Sebab aku terasa emosi aku sekarang ni tak stabil macam orang perempuan pulak! Aku tak tahu nak kongsi dengan sape, nak luah kat sape ape yang aku alami sekarang. Yelah bukan semua benda kita boleh kongsi dengan orang lain. Aku sendiri pon tak mampu nak berkongsi walaupon masalah. So aku harap sangat-sangat ada orang yang dapat membantu aku. tak banyak, sikit pon jadilah. Kepada yang pernah tolong aku, aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi tolong aku. Insyallah akan datang kalau aku dah senang sikit aku tolong korang pulak. Manusia tak boleh hidup tanpa ada manusia lain. Maksudnya kita saling perlu memerlu. Tekanan sekarang aku rasa sangat berat untuk terus kedepan.

Rasa macam nak menjerit kuat-kuat, nak tumbok tiang pon ada. Ada orang cakap kat aku, 'eh Ngah, selalu aku tengok kau happy jeh, macam takde masalah en?' Hotak kau! haha. Aku bukan hipokrit lahh. Aku sebenarnya seorang yang memendam perasaan, marah, sedih, stress, sakit perot, lapar, tak dak duit, semua aku pendam. Agak dah penuh tangki nanti meletuplah. Sebab walaupun kawan baik kita, walaupun keluarga kita, tak semestinya kita boleh berkongsi segalanya. hurmm entahlah, kesimpulannya aku sangat tertekan sekarang dan di sinilah aku luahkan segala-galanya. Hanya Allah saja yang tahu perasaanku ini.

Tuesday, March 1, 2011

Sakit Atau Malu~

Dulu mase sekolah, mase aku buat salah kat sekolah dulu, cikgu akan tanye aku dan die bagi aku pilihan nak sakit ke nak malu. Kalau korang nak pilih ape? Bagi aku, aku sanggup sakit dari malu. ye laa kalau malu mesti lepas tu kena kutuk! So aku pilih sakit tapi ade jugak aku pilih malu. Aku nak cite kat korang pengalaman sakit dan malu aku.

Sakit 1
   Dari form 1 sampai form 5 aku duduk hostel. Mase form 3, time nak check in balik dari kampung ade spotcheck kat lobby bawah asrama. So student berkumpul kat situ, time tu warden check barang dalam beg takot ade bawak barang-barang terlarang macam pisau, kad judi, handphone, rokok yang korang rase memang tak boleh bawakla. Korang pon boleh pikiaq kan. Pastu time nak gerak masuk bilik ade mamat sorang ni jumpa rokok sekotak tak bukak lagi jumpa kat belakang tv. Warden time tu suruh mengaku sape punya, sampai malam takde orang mengaku sampai die tahan tak bagi makan malam, tak bagi naik bilik padahal time tu dah pukul 11. sampai satu tahap die bengang gile, ramai-ramai tu die suruh kitorang beratur dalam keadaan merangkak kat atas jalan tar sebelah court volleyball dengan pakai seluar paras lutut. Niat die memang nak bagi lutut kitorang berdarah laa. Pastu dengan merangkak tu die suruh merangkak sampai kat dataran perhimpunan dengan pasu sorang satu kat belakang! Maybe korang tak rase tapi bagi aku lutut aku memang dah tak tahan sakit gile baban! sambil tu sape yang tak ikut ape yang die cakap die sebat dengan toler. Kitorang kene buat benda tu sampai tuan rokok mengaku. Sampai pukul 3 pagi takde jugak orang mengaku pastu die lepaskan kitorang camtu je.

Malu 1
Time kat asrama, kene la jage kebersihan, keceriaan dan keharmonian sebab Pengarah Pelajaran Negeri nak datang melawat. Aku bangun lewat pagi tu sampai tak sempat ke surau untuk Subuh, so Subuh je la kat bilik dengan keadaan bilik yang serabai macam kepala singa. Pukul 10 Tuan Pengarah sampai, time tu kitorang tengah rehat. Beliau melawat asrama kitorang yang memenangi Pertandingan Asrama 5 Bintang 2002. Die nak tengok la contoh kat negeri ni! Asrama Terbaik Negeri! Pastu lepas pukul 1 Ketua Asrama bagitau aku yang warden nak jumpa budak-budak bilik kami, die tunggu kat bilik!. Aku dah suspen nih. Sebab beruih gigi dengan towel aku tak letak kat tempat die. Kantoi la aku dengan junior ni sorang. Pastu malam tu die suruh aku ambik kayu panjang, sidai towel aku dengan junior aku tu kat atas kayu tu, dengan beruih gigi tu sangkut kat songkok sebab kitorang baru balik dari prep! Die suruh kitorang naik blok asrama perempuan dengan diorang berbaris kat tepi kaki lima~ haduihh.. Malu tu adela dalam 5 inci tebal muka ni. Die suruh round blok tu 4 round. Kalau korang hebat, korang buat lah. Memori oh memori.