Saya Sayang Dia~

Saya Sayang Dia~
Di sini aku akan ceritakan ape yang aku ingin kongsi bersama korang~

Monday, March 14, 2011

Ketenangan~

Aku tak tahulah mane nak sandarkan kepala ni, kat tiang ke kat bantal ke kat dinding ke. Sebab aku terasa emosi aku sekarang ni tak stabil macam orang perempuan pulak! Aku tak tahu nak kongsi dengan sape, nak luah kat sape ape yang aku alami sekarang. Yelah bukan semua benda kita boleh kongsi dengan orang lain. Aku sendiri pon tak mampu nak berkongsi walaupon masalah. So aku harap sangat-sangat ada orang yang dapat membantu aku. tak banyak, sikit pon jadilah. Kepada yang pernah tolong aku, aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi tolong aku. Insyallah akan datang kalau aku dah senang sikit aku tolong korang pulak. Manusia tak boleh hidup tanpa ada manusia lain. Maksudnya kita saling perlu memerlu. Tekanan sekarang aku rasa sangat berat untuk terus kedepan.

Rasa macam nak menjerit kuat-kuat, nak tumbok tiang pon ada. Ada orang cakap kat aku, 'eh Ngah, selalu aku tengok kau happy jeh, macam takde masalah en?' Hotak kau! haha. Aku bukan hipokrit lahh. Aku sebenarnya seorang yang memendam perasaan, marah, sedih, stress, sakit perot, lapar, tak dak duit, semua aku pendam. Agak dah penuh tangki nanti meletuplah. Sebab walaupun kawan baik kita, walaupun keluarga kita, tak semestinya kita boleh berkongsi segalanya. hurmm entahlah, kesimpulannya aku sangat tertekan sekarang dan di sinilah aku luahkan segala-galanya. Hanya Allah saja yang tahu perasaanku ini.

2 comments:

  1. klu x tenang sgt g ambil air smbahyang...
    insyallah tenang nt

    ReplyDelete
  2. aah~ sekarang da tenang dahh hehe

    ReplyDelete